Assalammualaikum.. (^^,)
Malam-malam terakhir di rumah sewa di Taman Desa Mekar.Perasaan aku sangat sedih bila terpaksa berpindah dari rumah ni.Seriusss..~!!! Aku sayang sangat rumah nih.Walaupun rumah orang.Tapi sepanjang duduk kat sini, tak pernah pun aku rasa mcm duduk kat rumah org.Dah anggap mcm rumah sendiri :(
Jiran kiri kanan depan belakang pun baik dan mesra alam.Walaupun para isteri bukannya selalu duk keluar bersembang pot pet pot pet bawah pokok sambil cicah pelam, tapi bila berjumpa tu mmg kakak-kakak disini baik-baik belaka..Sampai husband aku cakap, berat hati nak berpindah keluar dari taman nih.Orang kat taman nih baik-baik, ramah mesra, dan paling penting dorang sangat-sangat close.Tambah-tambah pulak geng-geng serokok dengan husband semuanya duk dalam taman ni.Jadi bila terpaksa pindah duk taman lain, husband dok terasa la sedih..walaupun taman baru kami tu jauhnya sekangkang kera jer..hehehehe (^^,)
Teringat masa sebelum kahwin dulu, sekitar bulan Oktober duaribulapan..kami berdua dah bincang, pas kawen kami takmau duk kuaters guru *dat time si Nasir nih duk kat kuartes guru* so, aku bukan minat duk kuaters2 nih..terus bagi cadangan kat dia, cari rumah sewa.Dan dia pun setuju.Merata corok taman kami cari.Sampailah kwn aku bagitau ada sebuah rumah kat taman dia.Rumah tu dah lama kosong.Sebelum tu ada penyewa.Maybe dah pindah.So, kami berdua pun pegi cari rumah tu.Tapi takde iklan utk disewa pun.Dan si Nasir nih pi tanya kat jiran sebelah, Alhamdulillah, jiran tu ckp yer mmg owner dia nak bagi sewa.Lepas bincang semua.Maka 1.11.08 Nasir pun masuk pindah ke rumah ini..Selang empat bulan kemudian, pada 1.3.09 aku pulak menyusun langkah sambil membawa bagasi, pulang mengikut suami tercinta ke rumah sewa yang kami cari bersama.. :)
Dan kini..setelah hampir tiga tahun aku duduk di rumah ini..maka pada hari Ahad besok, berpindahlah kami ke rumah kami sendiri di Taman Berlian :) dan yang paling bestnyaaa..selang sehari selepas itu, kami akan menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3 di rumah baru.. (^^,)
No comments:
Post a Comment