♥ Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my lovely mommy,
Happy birthday to youuuuu..!! ♥
Assalammualaikum.. (^^,)
Hari nih 12/2/2012 * wahhh cantik nombor tu kannnn* merupakan birthday mak aku yang ke-56 :) Happy birthday to you mak,Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk mak, doa kami anak-anak mu, moga mak sihat waafiat, dimurahkan rezeki, dipanjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik dan bahagia bersama anak cucu mak :) Kami sayanggg mak sangat2♥♥
Sedikit cerita mengenai mak aku..nama beliau ialah Puan Azizah bt Mahmud.Anak ke3 dari 6beradik. Mak bekerja sebagai seorang guru. Dan skarang di sekolah terkini, mak memegang jawatan sebagai PK.Koko di sebuah sekolah rendah di daerah Kerian.Mengikut perancangan asal, memang nak pencen bila dah umur 56.Dah plan bila pencen nanti nak buat bisnes jual kek.Tuptup, dgr citer tak jadi pencen la pulak..Ramai yang mintak mak sambung kontrak sampai umur 58..hurm aku tak kisah mak nak teruskan bekerja..asalkan dia happy sudah.. :)
Mak aku nih adalah seorang ibu tunggal beranak lima..Kami bukan kehilangan abah kerana meninggal dunia, tapi mak abah kami bercerai masa aku umur 15thn.5thn kemudian abah aku kahwin lain dgn seorang anak dara yang masa tu dah umur awal 40-an.Tapi sampai skarang abah memang takda anak dgn isteri baru. Mungkin Allah nak suruh abah jaga kami 5beradik je kot..hihihi~! Memang mencabar bagi seorang ibu yang terpaksa menjaga kelima-lima anaknya keseorangan.Bayangkan time tu kami semua dok sekolah lagi.Abang aku yang sulung time tu baru tingkatan empat. Aku plak tingkatan tiga. Adik2 pulak dok sekolah rendah lagi..yang adik bongsu tu pun baru darjah dua ke tiga entah. So, mmg banyak pengorbanan mak pada kami.Hanya Allah s.w.t yang membalas pengorbanan mak dan jasa bakti mak pada anak2..Amin :) *dan aku sentiasa berdoa agar Allah berikan jodoh kedua utk mak..agar jodoh kedua mak dapat menjaga mak dgn baik! Kesian jugak takkan mak nak duk bersorangan kan sampai tua.Anak2 pulak dah besar dan sorang2 bakal berkahwin*
Bila tiba harijadi mak, kami adik beradik akan berkumpul dan bawak mak pegi makan.Sebelum2 nih mcm2 kejutan kami buat.Ada yang tak menjadi pun ada sebab mak dah bole agak..hahahahaha :) Bab beli hadiah tu, mmg aku la yang jadi kepalanya!! Memang aku yang rajin pi beli hadiah. Antara hadiah paling mahal aku pernah bagi ialah handbeg la..Pastu jumpa adik bradik, pi kutip balik duit share..hahaha.Thn nih taktau la nak bagi hadiah apa sebab bulan nih aku dan husband mmg tgh nak pakai duit banyak..Maybe tak bole la belikan hadiah yang mahal.Tapi aku tau, mak bukan harapkan sangat bab hadiah, apa yang penting kasih sayang anak2 pada dia..InsyaAllah, moga Tuhan makbulkan doa aku utk berikann hadiah cucu kpd mak..entah bila la akan dimakhbulkan :)
![]() |
| Cantikkan kek ni..copy kat gugel :) |

Hepi beday utk Mak Fika :)
ReplyDeletekekda: tq kakak ku :)
ReplyDelete