Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Wednesday, 22 February 2012

Dah mula sibuk

Assalammualaikum.. (^^,)


Dah tiga malam berturut-turut aku dgn husband mengemas rumah sewa nih.Packing barang bubuh dalam kotak.Gulung segala jenis karpet yang ada.Ikat dgn tali.Buang semua surat menyurat yang dah tak berguna dan tak penting tu.Hadoiii..~!! pendek citer, memang penat gila laaa kak oiii bila terpaksa marathon mengemas mcmnih..Tulah sebelum nih takmau mengemas sikit-sikit..Padan muka aku :P


Petang semalam, balik dari kerja.Lepas mandi dan sembahyang asar, aku dan husband pun pegi ke rumah baru.Kes nak menyental lantai la citer nye nih.Barang-barang yang digunakan untuk membasuh rumah tu semua dah bawak.Elok jer sampai kat sana, bila aku pun dah mula selinsing lengan baju *dah mcm orang gaji* dan dah stat membasuh, bole la pulak husband ckp terlupa nak ambik itu la..ini la.Pastu dia ckp nak balik rumah sewa kejab ambik barang yang tertinggal tu.Bila aku duk sensorang, rasa takot jugak *w'pun masa tu baru pukul lima lebih* sebab rumah takde grill, pintu pun tutup mcmtu jer.Risau sangat, aku bukak kat henpon nih rakaman org baca doa Ayat Qursi.Aku biar dia ulang berulang sampai la habis kerja membasuh.


Petang ni kalau tidak, nak pegi ulang mop lantai kat ruang tamu rumah tu lagi.Sebab semalam lepas mop sekali, dia mcm tak bape keluar la habuk-habuk tu.Degil betoi aihhh.Aku dok plan petang ni la nak pi basuh lagi.Tuptuptup..si suami la pulak tak bole.Dia balik lambat sebab pi tgk budak-budak dia ada game main bola baling.Hurmm, nampaknya petang hari khamis besok la baru pegi.


Si tukang besi pulak call, dia janji hari khamis nak mai pasang grill. Alih-alih,si Rahim tu call husband aku ckp, hari jumaat pagi pulak baru mai pasang.Sebab grill takdan nak kering katanya.Nih sah-sah hang baru cat je kan Rahim..??!!! :P *dah la kes aku tak sabaq nak bawak masuk barang dalam rumah nih..kalau takda grill! owhh sangat bahaya tauuu :D*


Husband aku ckp, hari jumaat nih dia nak mintak cuti sehari.Sebab nak kena tunggu tengok budak-budak tu pasang grill.Memang bagus jugak kalau owner rumah tu tunggu sekali kan.Takdela depa tu buat kerja cincai jer.. Aku pulak, pagi tadi dah isi borang cuti.Hehehe..mood nak berpindah la katakan kannnnnn, aku ambik cuti dua hari bermula hari isnin dan selasa minggu depan.Elok sangat la tu.Bukan saja waktu cuti tu diperuntukkan untuk mengemas rumah, malah turut diambil kesempatan meraikan anniversary kami..hehehe (^^,) *huhh..nak meraikan la konon, laki aku keja la isnin tuh!!*




No comments:

Post a Comment