Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Thursday, 4 August 2011

Minyak syifa'

Salam..

Sebentar tadi ada sorang sahabat di FB bagitau aku pasal Minyak Syifa' nih..
khasiat dia bykla..salah satunya utk menyembuhkan penyakit lelah & asma :) 
Al-maklumlah aku nih kan pesakit asma tegar..so mmg produk2 mcmni yg aku carik utk memulihkan serangan asma yg tidakkkkk diingini tuuhhh.. 

So..aku nak tanya korang semua..kalau ada yg ada antara korang yg tau pasal minyak ni
tolonglah bagitau aku testimoni yg mana korang tau :)
bkn apa..sebelum membeli..elok juga kena usyar2 testimoni nye kan!


MAKLUMAT PRODUK :

100% produk herba.
Minyak Syifa' ini TIDAK berbau, TIDAK panas dan TIDAK berangin.
Minyak Syifa' ini TIDAK meninggalkan kesan berminyak apabila disapu dikulit.
Warna keemasan Minyak Syifa' adalah warna asli daripada campuran herba dan minyak. Warna ini TIDAK melekat pada baju apabila disapu pada kulit.

Kandungan sebotol : 8ml
Jenis botol : Jenis roll-on


RAMUAN :

Campuran bahan-bahan herba seperti keduduk putih, lemuni hitam, raja kayu, hempedu bumi serta herba-herba lain dan diadun dengan minyak zaitun, minyak kelapa serta minyak-minyak lain yang berkhasiat dalam perubatan tradisional.

KEGUNAAN :

Untuk Kegunaan Harian
Sesuai untuk salah urat, kebas kaki tangan, lenguh, gout (mengurangkan sakit dan bengkak), menurunkan tekanan darah tinggi, gigitan serangga, luka, melecur, gatal-gatal kulit, kurap, kayap, kudis, bisul, sakit gigi, senak, sakit perut, batuk, lelah atau asma dan sebagainya.

Untuk Kecemasan
Histeria, gangguan makhluk halus, bayi diganggu.

CARA PENGGUNAAN :
Selawat 7x dan dan digalakkan selawat syifa' 3x.

Selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w

Selawat Syifa'
Terjemahan :
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Luaran
Sapu dan gosokkan Minyak Syifa' ditempat berkenaan.

Dalaman
Titiskan Minyak Syifa' (2-3 titis) ke dalam 1/2 cawan air dan minum (Peringatan : Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak dan bayi yang masih menyusu).


"PERINGATAN : INI ADALAH PERSEDIAAN HERBA. JIKA TANDA BERLANJUTAN, SILA MINTA NASIHAT DOKTOR/PAKAR"

2 comments:

  1. macam menarik je minyak ni

    ReplyDelete
  2. c.i.n.t.a:a'ah tulaa xpe fika dh beli..nt bla dh guna bru tau mcmanakan..elok ke x utk asma ku ini.hehehe

    ReplyDelete